Taska Mama Batrisyia

Taska Mama Batrisyia

Saturday, September 20, 2014

BELAJAR SAMBIL BERMAIN ~PLAY MORE, LEARN MORE~

DEFINISI MAIN

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.

Knox (1968) berpendapat bahawa main sebagai satu saluran atau wahana untuk kanak-kanak belajar tentang dirinya dan dunia di sekeliling mereka. Main juga merupakan aktiviti spontan yang mana mempunyai raptai dalam kehidupan dengan mendapat pengalaman semasa bermain.

Waddle (1999), dalam kajiannya telah menunjukkan dua sebab yang berlainan berhubung dengan nilai bermain. Menurut beliau, pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa percaya bahawa main adalah cara yang terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang konsep, kemahiran dan tugas-tugas yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan.


BELAJAR SAMBIL BERMAIN 

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu kanak-kanak tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Kanak-kanak berpeluang dan boleh mempertingkatkan kebolehan empatimenambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yangdilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah benar.  

  
JENIS MAIN 
 
Main yang diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
  • main sosial
  • main kognitif

1. Main sosial  

Berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kumpulan. Main sosial terbahagi kepada 6 kategori iaitu :

*Unoccupied Play
Kanak-kanak tidak terlibat dalam aktiviti dan tidak bermain dengan alatan. 

*Onlooker Play
Kanak-kanak memerhatikan rakan-rakannya yang lain bermain dan dia lebih berminat dengan permainan orang lain. 

*Solitary Play
Kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan dan keadaan di sekelilingnya. 

*Parallel Play
Kanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya yang lain. Tiada interaksi yang berlaku untuk main jenis ini.  

*Associative Play
Melibatkan kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak yang lain dimana mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. 

*Cooperative Play
Melibatkan kanak-kanak bermain bersma-sama di dalam kelas.


2. Main kognitif
Bermaksud kanak-kanak menggunakan bahan maujud untuk memperoleh pengetahuan bagi menigkatkan perkembangan dan pengetahuan dari segi kognitif, fizikal, sosio emosi dan bahasa. Jenis-jenis main kognitif ialah :

*Functional of practice play
Berkaitan dengan peringkat motor deria. 

*Main simbolik
Memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti rama-rama atau bunga. 

*Main ‘games and rules’  
Memerlukan kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka adalah terhad kerana mengikut peraturan permainan. 

*Main konstruktif
Main yang memerlukan kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan bahan atau alatan mainan yang lain untuk membina bahan lain seperti istana pasir, kenderaan dan sebagainya.



KEPENTINGAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK


1) Bermain untuk Perkembangan Fizikal
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) (Burns & Brainerd,1979); memori (Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

PEMAKANAN SEIMBANG ANAK-ANAK 2-6 TAHUN















Apakah saiz sajian?

Saiz sajian ialah jumlah makanan yang dimakan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.


Apakah yang membentuk sajian?

Jenis Makanan
Satu Sajian
Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi / bihun / kue tiau / pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar / krim
Sayur-sayuran
  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran
Buah-buahan
  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)
Susu dan Produk Tenusu
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia



Kadar Pemakanan Kanak-kanak Petatih Dan Pra-sekolah.
(2 Tahun Hingga 6 Tahun)

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan kanak-kanak adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Pada tahap usia ini juga, kanak-kanak perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan.


Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak Petatih Dan Prasekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:

  • Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.

  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.

  • Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.

  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus.


Pemakanan Kanak-kanak Berpandukan Piramid Makanan

  • Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:
Ø    Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.
Ø    Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.
Ø Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
Ø Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.

  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian
Ø    Beri kanak-kanak lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
Ø   Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada kanak-kanak.
Ø  Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
Ø    Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.
Ø    Kanak-kanak memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran serta ubi
Bilangan hidangan sehari
2 - 3 Tahun
4 - 6 Tahun
1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi
1/2 Capati
1 Cawan bubur
1 Biji sederhana kentang
Keping biskut - Krim Krakers masin
6*
8*
* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis  makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2: Buah dan sayur
Ø     Berikan kanak-kanak lebih makanan daripada kumpulan ini.
Ø    Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada kanak-kanak.
Ø Kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 2 hidangan setiap hari.                                                       

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi / Satu hidangan buah-buahan
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran
2*
2*
1/2 Biji jambu sederhana
1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai
1*
1*
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
Ø  Kanak-kanak harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana.
Ø     Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral.
Ø    Keperluan untuk kanak-kanak ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian / Satu hidangan hasil tenusu.
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1 Potong sederhana "peha ayam"
1 Ekor ikan kembong sederhana
2 Ketul daging saiz kotak mancis
5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala
Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis
= 1 Biji telur sederhana
= 1 Keping tempe
= 1 Keping tauhu
= 2 Sudu makan mentega kacang
1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan
= 4 Ekor udang bersaiz kecil
 2*
 2*
1 Gelas susu
1 Cawan dadih
1 Keping Keju
2 - 3 *
3 *
*Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan
             untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula
Ø      Pastikan kanak-kanak kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.


Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan
Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:

  • Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak menikmati hidangan.

  • Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan mereka, jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.

  • Beri pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan baik.

  • Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.

  • Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh kanak-kanak.

  • Jika kanak-kanak memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.

  • Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera kanak-kanak akan hilang.

  • Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk.

  • Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.

  • Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.

  • Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera kanak-kanak untuk makan (menyanyi dan bermain).

  • Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan makanan kepada kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera kanak-kanak.

  • Sekali sekala bawalah kanak-kanak makan diluar. Contoh seperti di taman permainan atau di pantai.

  • Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang berkhasiat. Contoh snek seperti susu, buah dan sandwich.

  • Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

Thursday, September 18, 2014

ANTARA AKTIVITI -AKTVITI @ TASKA MAMA BATRISYIA


PERKEMBANGAN KOGNITIF : Shape & Colour






PERKEMBANGAN KOGNITIF : ULANGKAJI NUMBERS 1-3



PERKEMBANGAN BAHASA :
 MENYANYI, BERCERITA & BERSOAL JAWAB




AKTIVITI KHAS : ASAS 3M 
(MEMBACA, MENULIS & MENGIRA)




PERKEMBANGAN FIZIKAL : IRINGAN NYANYIAN "POKOK TUMBANG"



AKTIVITI KHAS : BACAAN & HAFAZAN DOA-DOA HARIAN



AKTIVITI KHAS : BELAJAR SOLAT




PROGRAM KHAS : SWEET CHEF 3-4 TAHUN
LEARN...DO... & HAPPY 'EAT'







Pengenalan Taska Dubeis

Ahlan Wah Sah Lan

Assalamualaikum wr.wb

Firman Allah Taala yangbermaksud:
“Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup bagimu dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”
Anak-anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang baik sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah:
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Oleh itu anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil lagi agar menjadi anak soleh dan solehah, berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Sehubungan dengan itu, didikan yang terbaik adalah didikan yang benar-benar berpaksikan acuan al-quran  itu sendiri. Oleh itu , Kami di Taska Mama Batrisyia bersedia menawarkan sebuah taska yang memberi penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akademik demi keseimbangan di dalam proses mendidik anak-anak.

Objektif kami : BUKAN SEKADAR TASKA.. DI SINI LAH PUSAT PEMBELAJARAN PERTAMA ANAK-ANAK ANDA ...

Pada awalnya Taska Mama Batrisyia telah ditubuhkan pada awal tahun 2014 yang dikenali sebagai Taska D'Rumah Batrisyia Caliphs yang didaftarkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beroperasi dirumah sendiri dengan kuantiti kanak-kanak pada masa itu hanya 2 orang..  Dengan minat & ilmu yang ada setelah 12 tahun berkhidmat sebagai guru tadika & taska serta persiapan dgn
menghadiri kursus-kursus, terutamanya Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK),


Alhamdullilah..segala puji hanya bagi Allah SWT kerana tlh memberi taufiq & hidayah serta menggerakan hati ini untuk berdakwah & berjihad dgn cara begini. Ikhlaskan hati & redha bila menginfaqkan sebahagian dr rezeki kita demi utk menyampaikan & memelihara Agama Allah, sabar & kekal istiqamah wlu adakalanya perjalanan ini amat perit...



Syukur Kehadrat Illahi.. Setelah hampir setahun kami beroperasi dengan berkat doa & sokongan serta kepercayaan ibubapa khususnya, sambutan amat mengalakkan dari ibu bapa terutamanya kemasukkan anak-anak ke Taska Mama Batrisyia pada Jan 2015 nanti.. Berkobar-kobar hati untuk bertemu anak-anak baru nanti.. Dengan adanya ramai anak-anak maka aktiviti2 yang dijalankan lebih seronok.. Di Taska Mama Batrisyia kami memberi peluang kepada anak-anak untuk menggunakan semua aspek perkembangan yang menyeluruh seperti yang telah disarankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kenapa TASKA MAMA BATRISYIA??? InsyaAllah menjelang awal 2015.. Sekiranya nisbah kanak-kanak telah mencapai max, mengikut nisbah JKM iaitu taska D'rumah tidak boleh melebihi 9 orang kanak-kanak, maka kami akan berpindah disebuah rumah semi-D yang lebih selesa, tanah yg lebih luas & akan didaftarkan dengan Nama Taska Mama Batrisyia yang membawa maksud Anak-anak mama yang bijak, pandai & cerdik. . InsyaAllah Taska Mama Batrisyia sedaya upaya sentiasa memberi pendekatan yg terbaik utk anak2 yg diamanahkan oleh Ibubapa supaya dpt diasuh dgn akhlak yg baik, bijak & sihat berlandaskan didikan & asuhan menurut ajaran ISLAM. InsyaAllah, doa & harapan saya semoga anak-anak ini bakal menjadi pewaris generasi yg akan menyambung & memartabatkan DEENU ISLAM pd masa depan & menjadi anak soleh & solehah, iaitu impian setiap Ibubapa.

Dengan lafaz bismillahhirahmahnirahim..
Sampai di sini sahaja coretan pengenalan dari saya.. Semoga Allah S.W.T memberi keberkatan & permudahkan segala urusan Taska Dubeis.. amin...

Doa-doa Harian & Solat @ Taska Mama Batrisyia




Amalan & Hafazan Doa-doa Harian Seawal pagi @ Mama Batrisyia



Anak-anak dilatih belajar solat seawal usia 3 tahun @ Mama Batrisyia



Program 'Sweet-Chef' 3-4thn @ Taska Mama Batrisyia



Egg Sandwich

Learn


Do


and happy ''eat"